CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, Ogos 19, 2008

Sedih - Bahagia - Letih

Jumaat - 15 Aug 2008 ( 7.00 pm - 12.00 am )

Ada perjumpaan dengan sahabat2 lama di celcom dulu. Cuma berlima. Tujuan asal ingin merasa keenakan satay Abg Salleh @ UIA. Tapi disebabkan Abg Salleh tidak dapat dihubungi maka kami beralih arah ke Selayang. Kesedihan terasa apabila panggilan dan sms kepada seorang sahabat kami yg paling akrab tapi tidak kami jemput tidak bersambut. Kami berpendapat untuk tidak menyusahkan beliau untuk turut hadir di perjumpaan dirancang di saat2 akhir. Sementelah beliau kini berada di Seremban untuk bekerja di sana. Mohon maaf di atas segalanya. Bukan ingin menyingkirkan tapi mungkin tidak diberi ilham untuk memikirkan kesan di atas tindakan tersebut.



Sabtu - 16 Aug 2008 ( 12.00 pm - 8.00 pm )

Menghadiri walimah adik kepada Puan Fara ( yang anggun berkebaya hitam ) di Danau Kota. Berlima ( Gue, Ida dan Fizah ) semuanya juga termasuk dua kanak2 comel - Adam dan Aqil. Misi sebenar : Mencuci mata. Target : Lelaki. Haha. Namun mata cuma dapat mencuci pasangan pengantin yang sama padan. Keluh. Tiada yang menarik untuk dilihat. Haha. Rugi.

Balik dari menjamu nasi kenduri terus memecut ke Wangsa maju untuk menghadiri kelas Unit Trust yang bermula sekitar jam 2.00 petang. Habis sekitar jam 7.00 pm. Singgah di Carrefour membeli 'crocs' jenama 'asadi' ( haha ) untuk ayahanda. Bukan apa, cuma sandal ku yang berwarna pink yang sangat digemarinya kurang sesuai untuk umurnya yang berusia 'emas'. Seringkali anak buah ku memberitahu tentang kesukaan ayahku menggunakan sandal tersebut. Haha. Abah.. Abah..



Ahad - 17 Aug 2008

Disebabkan keletihan yang amat sangat sepanjang minggu ini. Aku berehat serehat rehatnya. best!!



Isnin - 18 Aug 2008

Menghadiri kelas tutorial untuk Product Fundamental di Damansara Perdana bermula 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg. Diikuti exam bermula 5 ptg - 7 mlm. Keluar jam 6.30 ptg menuju Kota Damansara - demi memulangkan 'calculator' Farah - Terima Kasih Farah!!

Aku menerima Mis Kol dari sahabat yang merajuk. Tidak sempat untuk menghubungi namun sms yang dihantar tidak juga dibalas. Keluh. Biarlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan