CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, Ogos 21, 2008

Unit amanah? Perlu kah?

Salam,

Kepada anda yang ingin melabur di saham amanah, ada beberapa perkara yang perlu diingatkan.

Saham amanah bukanlah suatu pelaburan yang pasti mendatangkan keuntungan dalam masa kurang dari setahun. Walaupun ia boleh berlaku, tapi jangan over expected seperti apa yang berlaku dalam tahun lepas. Ada beberapa fund yang telah mendatangkan return yang ‘owesome’, sehingga 60% return. Bukan Public Mutual sajer..company yang lain pun performed well last year. Even higher than Public Mutual sendiri… Dan orang Melayu pun berpusu - pusu masuk sebab over excited bila tengoh return 60%. Dan apa yang terjadi adalah, mereka invest semasa harga saham berada di puncak ( dalam kes ni, harga unit tengah mahal )..lebih kurang June ke atas, ramai yang invest, berpuluh ribu…lump sum invesment…dan apa yang terjadi adalah pada masa sekarang..harga seunit RM 0.29 telah turun ke RM 0.24 sen..( contoh ) , RM 10 000 dah jadi RM 7 000 lebih sajer…dan akhirnya orang kata invest in unit trust rugi…penipu..dalam hal nih tak tau la nak salah kan siapa..mungkin salah agen yang tak explain…So aper nak kena buat?

Orang kata Dollar Cost Averaging…ok bila dah invest semua duit ASB RM 10 000, sekarang dah jadi RM 7000 lebih..mcm mana nak dollar cost average ? Duit dah takdak…dalam hal nih kena tunggu la nilai saham naik balik…bila agaknya ? tak tau la kena tanya bomoh saham…
Kalau u all invest dalam kadar yang sikit..RM 1000…invest lah secara berkala…RM 200 sebulan ker..RM 300 sebulan ker..secara tetap..at least buleh average out unit cost ikut harga pasaran…dalam keadaan sekarang, dialu - alukan sangat untuk dollar cost average..

Ok ada yang kata Switch fund to Bond..walaupun nilai dah turun..switch to bond akan protect capital..at least untuk jangka masa sederhana capital tak lari banyak walaupun pasaran saham jatuh…then wait for the fund untuk turun pada kadar 3 sen atau lebih..switch balik to equity..u will get more fund…with the same value RM 7000 lebih…but with more units in hands…then cost per unit akan close to market buying price…berkesan ke tak cara nih ? Ok apa yang perlu dibuat adalah consult your agen and tanya pendapat..cari yang dah berpengalaman dalam bidang unit trust…

Atau kalau tak nak jugak…tunggu harga saham lompat balik dari RM0.24 to RM 0.29…dalam keadaan politik Malaysia yang tak menentu..harga minyak asyik naik..tiada tanda untuk kenaikan secara mendadak harga2 unit saham amanah…

Jangan sampai anda takut nak invest dalam saham amanah..kalau takut sangat mulakan dari nilai kecil..then invest regularly…nanti u kata baik invest dalam ASB…baik maintain duit dalam KWSP..kalau nak compare ASB or KWSP dengan unit trust..u compare apple dengan orange…ASB or KWSP invest more to bond instead of equity..80% bond, 20 % equity…sebab tu walaupun pasaran saham naik..paling tinggi return boleh bagi pun antara 5-8%..same to bond in unit trust..equity fund pulak, invest 80% in equity 20% in bond..sbb tu dia mampu bagi return tinggi…tapi kena ingat return tinggi, risiko tinggi…return rendah, risiko rendah…basic principle..In fact, kalau tahap risiko u berada pada tahap ‘ PENGECUT ‘, u better save your money in ASB or KWSP..serius..kalau berani skit nak hilang duit dalam tempoh terdekat..then u boleh invest in unit trust..

Ok dah lepas tu lepas..kepada yang masih berminat nak invest..dialu - alukan..saham amanah mampu berikan pulangan purata 9%-12% /setahun…15% pun mampu..even more kalau kena cara…UNTUK JANGKA MASA SEDERHANA DAN PANJANG…3 - 5 tahun…Kalau ada RM 100 000, u boleh allocate u punya portfolio ikut toleransi u terhadap risiko…mungkin u boleh pecahkan kepada beberapa portfolio…dalam keadaan sekarang mungkin u boleh invest more in balance fund or bond…

Orang invest dalam keadaan kemelesetan ekonomi tahun 97/98, sekarang dah boleh makan return 20% over per year…kalau siapa sedar, tahun 2004/ 2005, market agak slow…then orang yang invest pada tahun tersebut..dah makan besar pada tahun 2007..30% over…so jangan takut untuk invest sekarang walaupun market tengah slow…in fact, masa nih la yang paling sesuai..
setengah orang silap persepsi,invest masa pasaran tengah naik, takut invest masa pasaran jatuh…

Actually, bila market down, harga unit saham amanah akan turut jatuh…dalam keadaan boleh lah disamakan dengan CARNIVAL MEMBELI BELAH mcm yg diorang promote kat tv tu..mana taknya..harga rendah..u boleh dapat banyak unit…cost price akan rendah..then invest regularly…

BUY NOW + COST PRICE LOW + INVEST REGULARLY = 9-12% per annum return for 3 years above…even more u can get.


Credit to : http://www.bicarajutawan.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan