Minggu yang sudah, berbuka puasa di Kem cabang Dua berhampiran Jeram Toi. Tempat mandian yang sememangnya sangat cantik dikelilingi alam semulajadi.
Bersama sahabat aku berbuka puasa, bertarawikh dan bersahur bersama sebelum menuju ke rumah seorang lagi sahabat di Bahau seawal jam 4.30 pagi. Segalanya agak sempurna cuma aku agak ralat dengan aktiviti karaoke sehingga jam 4.00 pagi sambil menunggu waktu sahur. Tidak menepati tema - Kem Ramadhan. Tidak dapat dipastikan berapa ramaikah yang lena. Aku sendiri tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Sejuk melampau.
Khemah pula dikongsi beramai-ramai. Keluh. Aku bernasib baik kerana tidur sebaris dengan sahabat perempuan. Kasihan dengan sahabat yang terpaksa tidur bersebelahan dengan kaum yg berlawanan jantina. Walau pun tiada apa-apa yang berlaku, namun sekurang-kurangnya penganjur perlulah menyediakan khemah yang berasingan demi memuliakan bulan Ramadhan. Mungkin aku agak kuno dalam hal-hal sedemikian namun bagi aku pergaulan sememangnya ada batasan. Nampaknya inilah perkhemahan terakhir yang akan aku hadiri. Noktah.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan