CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, Oktober 13, 2008

Kisah Bai Roti dan Si Penjual Surat Khabar

Minggu lepas, sahabat lama singgah beraya di rumah. Malam selepas makan malam di rumah. Kami bersembang di beranda. Mengimbau kembali kenangan zaman sekolah dulu. Hehe. Tak lama terdengar hon Bai Roti. Terkejut. Bai Roti yang menjual roti sejak dari kami kanak-kanak. Bai Roti yang dulunya muda dan kini penuh dengan rambut putih di kepala. Lama sudah tak kedengaran bunyi hon yang satu ketika dulu dinanti2kan selepas solat Isyak. Hiba rasanya. Kepala menerawang ketika waktu zaman kanak2.

Keesokan harinya pula, ketika berhenti di lampu trafik dalam perjalanan ke tempat kerja, ternampak kelibat penjual suratkhabar yang menghantar surat khabar ke sekolah kami. Masih lagi dengan fesyen rambut panjangnya. Masih lagi berbasikal tua sambil mengendong helaian suratkhabar untuk dihantar. Teringat betapa lajunya basikal yang dibawa seperti mahu dilanggar kami yang berpusu-pusu ke sekolah waktu itu.

Masa beredar. Zaman berubah. Aku sudah bekerja dan menamatkan persekolahan. Tapi Bai Roti dan si Penjual Surat Khabar masih lagi tekun menjual roti dan surat khabar. Mereka memang berjasa dengan penduduk sekitar rumahku. Tak tau sampai bila lagi akan kedengaran hon Bai Roti dan sampai bila lagi aku akan terserempak dengan si penjual suratkhabar.

Malam ini aku mesti beli roti dengan Bai Roti. Bukan untuk membeli sangat. Cuma untuk bertanya khabar. Mungkin aku takkan terjumpa lagi dengan bai Roti lagi selepas ini. Satu kemungkinan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan