CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, November 03, 2008

M.U.A.R

Minggu lepas aku ke rumah sahabat di Muar. Best.

Jumaat Malam, bertolak dari Sentul sekitar jam 11.30 mlm. Tiba di Muar jam 3.00 pagi. Kecut perut mengingatkan insiden di laluan Jasin tatkala seekor kucing hutan ( yang pada mulanya ku kira anak monyet ) melintas di hadapan kereta kami. Mata segar secara tiba-tiba sehinggalah tiba ke destinasi.

Pagi Sabtu, sekitar jam 10, aktiviti makan dan berjalan sekitar bandar Muar. Seharian menghabiskan masa di pasaraya terkemuka di bandar sambil menemani sahabat membeli belah. Istimewanya di situ terasa seperti berada di One Utama. Segalanya ada. Hehe.

Tengahari, pulang ke rumah dan menjamu asam pedas ikan cencaru. Lazat. Petang, tuan rumah dan adik berjogging di sekitar Sua Rasa. Aku dan sahabat yang seorang lagi mengambil angin petang sambil menyusuri denai dan menghirup udara petang. Sayup2 kelihatan pantai yang surut airnya. Anak2 kecil dan para remaja girang menghabiskan masa di tepi benteng. Sebelum pulang ke rumah sempat singgah di kawasan monyet2 hutan yang berkeliaran mencari makanan. Aku dan sahabat ketakutan bila mana monyet2 tersebut kelihatan agak 'demanding' dan teruja melihat makanan ringan di tangan kami. Bukan apa, cuma agak cuak melihat mereka yang mengelilingi kami - i.e gadis2 comel :P sambil memandang tanpa kelip. Tidak pasti samada mereka memandang kami atau makanan di dalam genggaman. Hehe.

Malamnya pula, kami dan tuan rumah sekeluarga makan-makan di sekitar bandar Muar. Apa lagi kalau bukan menikmati Mee Bandung Muar yang istimewa yang sangat popular di sana. Keesokan harinya kami dijamu sekali lagi Mee Bandung tuan rumah dan diikuti dengan nasi beriyani air tangan Pakcik Sufian. Sedap seh. Hehe. Kenyang.

Petang Ahad, masa untuk pulang ke rumah. Sempat singgah membeli kopi istimewa "Cap 434" yang hanya terdapat di bandar Muar. Buah tangan untuk ayah bonda di rumah. Lebih sedap dari kopi "Cap Kapal Api" kata sahabatku. Hehe.

Sesiapa yang ingin ke bandar Muar. Sila lah. Jangan berlengah. Pastinya banyak yang menanti di sana! Cuti-cuti Malaysia.. :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan