CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, Jun 01, 2009

CEREKARAMA - Cereka dan drama

Isteri

Seorang yang terlalu sayang dan percayakan suami 100%. Mula kenal dan seterusnya bercinta ketika zaman belajar di IPTA. Saat2 manis dikecapi walaupun sesekali badai melanda. Lumrah alam percintaan. Ada yang merajuk dan ada yang memujuk. Cinta dan kasih yang mendalam kini terpatri di dalam hati. Setelah bertahun2 memadu kasih akhirnya ke jinjang pelamin. Melalui saat2 manisnya pengantin baru sukar digambarkan dengan kata2. Namun, langit tidak selalu cerah, rupanya hujan di tengah hari. Guruh sambar menyambar dan petir sabung menyabung. Air mata mengalir deras membasahi pipi. Mungkinkah ada sinar menanti?


Suami

Seorang yang baik dan lembut hati. Menggemari aktiviti sosial bersama teman2. Acapkali terpesona dengan kecantikan makhluk tuhan bernama perempuan. Sementelah dia sendiri agak kacak bergaya. Perempuan mana yang tak tergoda. Kata2 manis yang sering terungkap dari bibir melengkapkan pakej dirinya. Namun, walau sederatan gadis beratur sebaris di depannya, tidak ada tolok bandingnya dengan isteri tercinta. Hanya satu, gadis yang baru dikenali telah membuatkan dirinya termimpi2. Wajahnya sentiasa menjadi igauan di siang hari. Sahabat handai memerli hebat lantaran dirinya angau tidak bertempat. Sanggup membandingkan gadis ( kekasih hati? ) dengan isteri yang baru dinikahi.

Apa benarkah peraasaan ini? Cinta dan kasih yang selama ini terpatri untuk si isteri sudah ada yang menguji? Bingung sungguh hati ini!


Gadis

Perwatakannya yang ceria, peramah, keletah dan manja menarik perhatian lelaki2 di luar sana. Sementelah dia amat mudah didekati. Ramai lelaki mencuba nasib. Namun ada seorang yang berjaya memikat hatinya. Sayang, sudah beristeri. Namun, dia masih berhubungan dengannya. Hatinya benar2 tidak dapat melupakan si dia. Resah hati ketika bertentang mata dengannya sungguh tidak terkata. Alangkah bagus sekiranya dia belum berpunya. Tapi.. hati tetap tidak dapat melupakannya. Bagaimanakah ini? Hatinya tidak dapat dibohongi. Tetapi, bukankah banyak lagi lelaki lain di luar sana! Namun mengapakah lelaki ini yang kerapkali muncul dalam mimpi? Seharian tidak berhubung terasa setahun menanggung rindu. Apakah isterinya tahu kewujudannya? Arghhh!!!! Persetankan semua itu, janji aku bahagia bersama lelaki itu. Hanya untuk ketika dan saat ini, bukan untuk selamanya. Tak perlu pening kepala. Biar masa menentukan. Noktah!


Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan