CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, Jun 04, 2018

19 Ramadhan 1439 Hijrah

Hampir 4 tahun kutinggalkan dunia blog. Bersawang :). Hari ini tergerak untuk kembali menulis. Menulis untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa. Ya aku suka menulis. Walau sekadar penulis picisan. . Bukan karya agung. Hanya perjalanan hidup seorang Cik Lin. :)

Sepanjang 4 tahun ini, banyak yang berlaku. Kisah suka dan duka. Gembira dan sengsara. Bahagia dan derita, juga tatkala memendam rasa.

Ya aku masih sendiri. Menjangkau ke usia emas. Mungkin akan selamanya sendiri. Mungkin juga tidak. Tidak pernah terfikir akan terus sendiri selama ini. Semua dah ditentukan dan diatur olehNya. Aku redha dengan takdir. Doa ku semoga Allah sentiasa bersamaku, Menjagaku ketika sakitku, sunyiku, rinduku, kesedihanku, kegembiraanku, kepayahanku, kekosongan hidupku menelusuri saki baki hidup di dunia ini.

Allah berikan peluang sekali lagi untukku berbakti kepada kedua ayah dan bondaku, Syukur ya Allah atas peluang yang diberikan. Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. Aku kini cuba untuk mendahulukan kedua ayah bondaku berbanding sebelum ini. Dulu, aku gemar berpeleseran dengan rakan-rakan. Entah apa-apa. Banyak masa terbuang. Allahuakbar.

Doaku. Semoga Allah bantu aku untuk memaknakan hidup di dunia ini demi untuk mati dalam keadaan baik. Ya hidup kita adalah untuk mati. Semoga Allah bantu aku untuk mempersiapkan diri untuk mati. 

Malam ini bermulalah 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga Allah bantu aku untuk giat melakukan ibadah demi memohon keampunan dariNya. 

Ahad, Disember 07, 2014

Pedang Kertas

Petang ini aku diulit kenangan silam berpuluh tahun dahulu. Menelusuri bilah2 kenangan tatkala berumur 3 atau 4 tahun.

Sebagai anak bongsu perempuan dalam keluarga, walaupun dibajai kasih sayang melimpah ruah keluarga tercinta, aku tak terlepas dari perasaan memberontak untuk turut serta dengan aktiviti bebas abang2 dengan mainan pedang kertas di kawasan tanah lapang sebelah rumah.

Dulu, jiran sekarang masih belum wujud. Jadi tanah lapang itu lah yang menjadi kawasan jajahan abang2. Aku seringkali ditinggalkan bersama bonda. Bosan ditinggalkan, aku acapkali memujuk bonda untuk turut serta dengan abang2. Namun pujukan seringkali gagal. Perempuan duduk di rumah, kata bonda.

Man. Tiba2 aku teringat. Ya. Man anak lelaki tunggal kepada arwah pakcik Hamzah yang kaki perempuan. Ibu man adalah merupakan salah seorang isteri arwah pakcik Hamzah. Man lebih tua dari aku. Mungkin setahun atau 2 tahun. Sebelum Man ikut bermain pedang bersama abang2, dia akan menemankan aku seketika dan membenarkan aku bermain pedang kertasnya. Aku gembira bukan kepalang.

Setiap hari aku menunggu Man untuk bermain bersama. Sampai satu ketika, Man tak muncul2 lagi. Aku pelik. Aku menunggu dan terus menunggu. Namun susuk tubuhnya tidak lagi kelihatan. Man hilang tanpa berita. Aku sedih. Man dan pedang kertasnya tidak lagi menemani aku.

Sehinggalah aku dewasa barulah cerita mengenai ibu man timbul. Dengar khabar, ibunya membawa man pindah setelah diceraikan arwah pakcik Hamzah. Selepas perceraian, arwah pakcik hamzah berkahwin lain.

Aku doakan semoga Man hidup bahagia bersama keluarga tercinta dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Terima kasih atas kenangan pedang kertas zaman kanak2. Salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila2.

Terima kasih Man! :)

Ahad, September 08, 2013

Perjalanan masih jauh

Lama tidak mencoret. Terasa janggal. Hari ini hari ulangtahun kelahiran. Tiada yang istimewa. Selain ucapan dari teman dan keluarga tersayang.

Semakin menginjak ke usia emas semakin dekat rasa dengan kematian. Ya. Kematian adalah destinasi seterusnya yang menentukan hala tuju hidup selepas itu. Masih jauh lagi perjalanan.

Hidup di dunia hanya persinggahan. Nak tak nak kita akan menuju satu perjalanan yang pasti ---> mati  ---> akhirat ---> syurga / neraka

Masa untuk beramal semakin terbatas. Entah masih wujudkah aku 5 tahun akan datang?

Hanya Allah swt yang maha mengetahui.

Selamat hari ulang tahun kelahiran cik lam yaa nun!