CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, Jun 23, 2009

Jalan2 Tengok Ikan

Kebelakangan ini hati terasa bagai dipanggil2 untuk bercuti. Tup2 Ahad lepas, sahabat yang baru pulang dari umrah mempelawa untuk turut serta dengannya mengikuti aktiviti selam-di dasar-laut Pulau Perhentian. Dengarnya, untuk menyelam bukanlah semudah ABC kerana lesen PADI perlu diperolehi sebelum aktiviti diteruskan.

Sahabat berempat dengan pantas memperolehi kata sepakat untuk sama2 mengikuti kelas menyelam demi melampiaskan hajat menyelam di laut dalam. Aku? Mungkin ke sana menjamu mata sambil meninjau2 kawasan. Tak perlu menyelam. Cukup la hanya dengan menenangkan fikiran dari hiruk pikuk kota metropolitan yang tiada penghujungnya. Terdetik sejenak di kotak fikiran untuk ber-snorkeling. Namun, ia hanya satu kemungkinan bukan kepastian. Kita tunggu sahajalah!

2 ulasan:

  1. Suasana laut adalah tujuk kali lebih cantik berbanding daratan. Jangan sampai terpesona.

    BalasPadam
  2. Teringin jugak nak menyelam ke dasar laut. Tapi takut. Tengok la macamana hehe

    BalasPadam