Semalam. Seharian aku melangut di bilik comel milikku. Kedengaran suara sungutan abah yang tidak puas hati dengan tindakan anaknya yang berkurung di bilik seharian. Sangkanya aku tidur terus terusan dari pagi sampai tengahari. Dan sambung pula hingga ke petang. Namun aku sebenarnya sibuk dengan aktiviti simpan-dan-buang-barangan-terpakai-masuk-dalam-plastik-sampah. Haha.
Usai solat Asar, aku melayari FB, tiba2 terlihatkan jemputan untuk ke showcare di rumah Pena jam 8.30. Terdetik di fikiran untuk ke sana demi meleraikan rasa bosan berpanjangan yang bersarang hebat di segenap pelusuk jiwa dan raga. Sms dihantar kepada sahabat. Set masa untuk ke sana bersama.
Sahabat tiba di rumah jam 8.15 malam. Tiba2 perut berlagu keroncong minta diisi. Singgah di Tupai-Tupai menikmati makanan yang ala2-ok-la. Selesai bersantap kira-kira jam 9.45 kami bergerak ke rumah Pena yang tidak sampai sepelaung jauhnya dari tempat makan tadi. Dari jauh kelihatan orang ramai di balkoni sedang menjamu selera sambil berbual mesra. Sudah habiskah acara? Aku dan sahabat menuju ke laman utama. Dalam gelap kami saling berpandangan. Blank.
Sudahnya dengan pantas sahabat memasukkan gear reverse dan beredar dari situ. Terus menuju ke Cineleisure, Damansara menonton Terminator. Tempat duduk barisan pertama dari depan. Belasah aje la!
Dari showcase : TERBANG KE DADA LANGIT SAMBIL MERONGGENG PAK ABDUL DI RUMAH PENA BERSAMA SOLJAH MASKARA, aku dan sahabat MENDONGAK SKRIN PANGGUNG SAMBIL MELAYAN AKSI HERO AMERIKA YANG ENTAH-HAPA-HAPA.
Hajat tersasar. Haha
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan