Aku jarang2 sekali dapat berbual dengan sahabat yang seorang ini. Apatah lagi kami berdua masing2 sibuk. Bila ada kesempatan untuk kami berbual dan bersembang, sudah tentu kami tidak akan melepaskan peluang. Kami bercerita hampir tentang apa sahaja - gossip terkini, kerja2 yang bertimbun, masalah dalaman, luaran dan kisah peribadi. Air mata ku tumpah tatkala mendengar kisahnya dengan J. Kisah cinta yang sudah bertahun2 dipupuk namun putus di tengah jalan. Peritnya rasa bila putus cinta. Terasa pedih dan gelap segenap ruang bila ditinggalkan. Peningnya kepala untuk memulakan hidup baru. Semoga sahabat tabah hendaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan