“Jangan takut menjadi tua, kerana pasti menua. Tapi takutlah tak menjadi dewasa, kerana kedewasaan sikaplah yang menjadi jalan kebahagiaan dan kemuliaan.” (Aa Gym)
Sabtu, September 26, 2009
Cemburu-Ku
Tiap kali ku lihat FB updet sahabat yang seorang ni, hatiku diulit rasa cemburu. Cemburu melihatkan dirinya yang sentiasa mengembara. Yang terkini, dia di Athens. Kegembiraan sentiasa terpancar di wajahnya tatkala fotonya dirakam. Aku menyimpan 1000 keinginan untuk mengembara sepertinya. InsyaAllah. Suatu hari nanti.
Aku pulak sering cemburu terhadap diri ku sendiri. Dia selalu mengembara kesana-kemari meninggalkan aku ketika masa tidur. Cuma ketika dia ' dikejar anjing' , aku yang berpeluh. Pernah aku membuat saranan agar aku dan diri ku itu bertukar fortfolio, namun secara sinisnya dia berkata, ' masanya akan tiba, tak usah risau '.
Seorang yang tidak terlalu bijak, tidak terlalu cantik, tidak terlalu gemar bercakap, tidak terlalu peduli apa orang lain kata, tidak terlalu materialistik, tidak terlalu sensitif, tidak terlalu suka jaga tepi kain orang lain tetapi terlalu sayangkan diri, keluarga, sahabat handai dan taulan yang melingkari dirinya. AKU sayang banget sama KAMU! :P
Time traveller....
BalasPadamAku pulak sering cemburu terhadap diri ku sendiri. Dia selalu mengembara kesana-kemari meninggalkan aku ketika masa tidur. Cuma ketika dia ' dikejar anjing' , aku yang berpeluh. Pernah aku membuat saranan agar aku dan diri ku itu bertukar fortfolio, namun secara sinisnya dia berkata, ' masanya akan tiba, tak usah risau '.
BalasPadam