Semangat untuk memasak tiba2 meronta2 dalam diri. Berbincang dengan bonda, bertanyakan masakan yang digemari. Ciri2 masakan semestinya yang mudah, cepat, sedap dan disukai ramai. ( Semestinya bukan nasi + lauk pauk hehe. Berulang kali kunyatakan pada bonda, kita perlu berehat di hujung minggu dari menikmati rutin harian nasi putih demi untuk kesihatan berpanjangan - ayat orang malas keke ).
Niat di hati untuk menyediakan laksa penang namun mee kari menjadi pilihan bonda. Akur dengan permintaanya, mee kari siap selepas 2 jam ( maklum la, si tukang masak sememangnya dikenali sebagai "a slow cooker" hehe ).
Nah! Dan inilah hasilnya! Jgn terpedaya dengan rupa bentuknya. Tapi yang pasti sekali cuba, nak lagi! XD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan