Aku tak perasan akan gerak geri aku menelan ubat kapsul di ofis menjadi perhatian salah seorang staf di ofis. Katanya cara aku menelan ubat agak kelakar - i.e memasukkan ubat hampir ke anak tekak demi untuk tidak merasa kepahitan ubat. Malu. Sememangnya aku fobia dengan ubat. Staf yang lain yang terdengar komentarnya turut mencadangkan cara untuk tidak merasa pahitnya ubat.
1. Letakkan ubat di bahagian hujung lidah ( bukan pangkal lidah seperti yang selalu aku buat ). Dan minum air suam sambil menolak ubat dengan air ke anak tekak.
2. Cara 1 sambil menutup hidup untuk mengelakkan bau ubat / rasa pahit ubat.
Hari ini, aku berjaya melakukan cara 1 dengan jayanya. Tanpa menutup hidung! Hehe. Bangga!
Abah dan Ubat
Batuk abah semakin teruk. Berkali2 aku ingatkan agar makan ubat mengikut peraturan. Kini sudah seminggu batuk abah masih tidak hilang. Dia diam. Kami baru balik dari klinik. Sampai rumah dia terus berberselimut. Katanya badan rasa sejuk. Baru sebentar tadi doktor mengesahkan dia tidak demam. Kemudian sahaja makan ubat katanya. Aku tidak faham apa yang difikirkan. Takutkah abah dengan ubat? Dia lebih percayakan Ustaz Halim yang menyuruhnya meminum air lobak cina. Pening aku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan