CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, Oktober 08, 2012

Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 soleh

Entri ini khas buat arwah ibu saudara-ku Hajah Rogayah binti Hj Mohamad Zhodi.

Kutitipkan doa buatmu sentiasa agar rohmu damai di sana.

Amin.

Ketika mengiringi jenazah ke tempat persemadian, kelihatan borang salasilah keluarga moyang - Embok diedarkan kepada sanak saudara. Tujuannya semata2 untuk mengumpulkan ahli keluarga Embok yang berasal dari Indonesia, yang kini berkembang di kawasan sekitar lembah kelang.

Nama asal Embok ialah Jauharin Insaniah binti Ali Mokhtar. Beliau berkahwin dengan Haji Abdullah. Setelah kematian Haji Abdullah, beliau kemudiannya dijodohkan dengan adik iparnya sendiri iaitu Haji Abdullah Omar.

Arwah datukku iaitu Haji Mohamad Zhodi pula adalah merupakan anak kepada Embok dan suaminya yang pertama.

MasyaAllah! Aku teruja dengan info terbaru tentang salasilah keluarga belah bonda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan