Pagi ni bila ku buka gmail, email pertama ialah notifikasi daripada facebook : Juairiah added you as a friend on Facebook. Sahabat lama di ITM. Sekarang berada di Qatar. Bertahun tak jumpa. Terakhir tika majlis walimahnya dia Ampang. Dah ada sepasang puteri dan puteri. Comel.
Dulu facebook ku kira cuma untuk orang mencari sahabat baru i.e melebarkan ukhuwah / networking. Tapi sekarang, baru ku sedar ia juga berfungsi sebagai medium untuk jejak kasih. Oleh itu marilah sesiapa yang belum ada akaun facebook atau friendster, jangan tunggu lagi. Sila lah create ( cipta? ) akaun anda sekarang. Mana tau sahabat ketika tadika juga sedang mencari anda? Tak mustahil kan? Hehe
Penafian ( Disclaimer ) : Aku tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi @ saham dengan facebook / friendster. Ini adalah merupakan promosi percuma semata-mata tanpa sebarang komisen. hehe
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu


Tiada ulasan:
Catat Ulasan