CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, Oktober 29, 2008

Cerita tentang makan dan minum

Sudah agak lama Cik Lam Yaa Nun tak update blog. Sibuk. Mengalahkan seorang PM. Hehe. Cuma weekend yang lepas agak 'hectic' dengan aktiviti makan, minum dan berjalan. Hehe


Sabtu ( 25 October 2008 )

Rumah terbuka di Wangsa Maju ( CIMBWA ) seawal jam 12 tengahari. Kak Emy berkali2 pesan. Datang awal. Haiz. Baru saja berhasrat untuk bangun lewat. Tidak mengapa. Cuti 3 hari seronoknya. Aku tiba lewat jam 11.49 pagi. Terus meluru ke meja dan makan. Haha. Duduk2 bersembang sambil mendengar suara-suara sumbang para agen UT mempamerkan kesumbangan dan kebolehan menyanyi masing2. Aku? Tolong jaga handbag sudah la. Haha.

Petang :

Bersama Di dan Kaha kami menuju ke Shah Alam - rumah Bad. Mengekor kereta Di dari belakang. Jalan jem. Haus. Tiba di destinasi, sessi makan bersambung kembali. Perut semakin kembang dan kembung. Dalam banyak2 juadah - air Ribena kurasa yang paling nikmat. Menyegarkan ketika cuaca panas. Apatah lagi aku yang gatal memakai jubah warna hitam. Habis. Seumpama bermandi peluh.

Malam :

Ada jemputan kenduri doa selamat sempena pemergian sahabat ke tanah suci. Namun niat ke sana terpaksa dibatalkan memandangkan Faris - anak buah membawa sahabatnya "Kuda" ke rumah sempena cuti Deepavali. Memasak ala kadar untuk tetamu. Ku titip doa buat sahabat yang akan pergi ke Mekah. Semoga mendapat Haji Mabrur! Laibakallahummalabaik!


Ahad ( 26 October 2008 )

Menghabiskan masa bersama sahabat - adik erfi @ fizah. Sedari tengahari sehingga menjelang petang. Segalanya dia Sunway Pyramid. Best banget!! Tidak disedari masa berlalu terlalu pantas. Terlalu banyak yang berlaku. Keke

Rujuk link : http://nuarish.blogspot.com/2008/10/weekend-with-my-cs-lin.html untuk cerita lebih lanjut. Semuanya ada di sini.

P/s : Sorry dik, tak larat nak tulis. Haha


Isnin ( 27 October 2008 )

Ke Shah Alam sekali lagi. Bersama ayahanda dan bonda ke rumah abang ku. Sessi makan lagi. Haha. Berkumpul bersama adik beradik yang lain. Raya bukan?

2 ulasan:

  1. huwaaaaa...mana aci...nak citer pjg² gak...xkire...hentak kaki sudah...dush dush dush***...haizzz

    BalasPadam
  2. Haha. Panjang sgt dik! Macam jadi.

    BalasPadam