Malam tadi, selepas minum teh tarik dan makan roti canai bersama sahabat, singgah sebentar di Guardian membeli barangan keperluan harian. Ketika membelek barangan mandian, terhidu bauan yang kurang menyenangkan. Tercari2 di mana bauan tersebut. Hairan, hanya aku seorang yang begitu beri-ia mencari sumber bauan yang amat memeningkan kepala. Tanpa membuang masa, aku membeli barangan sepatutnya dan terus menuju ke kereta dan beredar.
Sampai di rumah, ketika ingin membuka tudung di kepala, aku terperasan tompokan putih tahi burung melekat kuat di bahagian bahu sebelah kanan. Arghhhh. Inilah punca bauan tersebut. Tentunya orang-orang di Guardian, sudah lama perasan yang bauan tersebut sememangnya berpunca dari tudung ku. Aku dijerat perasaan malu bukan kepalang. Huhu.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu


eiii goliden
BalasPadam