CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, Disember 07, 2014

Pedang Kertas

Petang ini aku diulit kenangan silam berpuluh tahun dahulu. Menelusuri bilah2 kenangan tatkala berumur 3 atau 4 tahun.

Sebagai anak bongsu perempuan dalam keluarga, walaupun dibajai kasih sayang melimpah ruah keluarga tercinta, aku tak terlepas dari perasaan memberontak untuk turut serta dengan aktiviti bebas abang2 dengan mainan pedang kertas di kawasan tanah lapang sebelah rumah.

Dulu, jiran sekarang masih belum wujud. Jadi tanah lapang itu lah yang menjadi kawasan jajahan abang2. Aku seringkali ditinggalkan bersama bonda. Bosan ditinggalkan, aku acapkali memujuk bonda untuk turut serta dengan abang2. Namun pujukan seringkali gagal. Perempuan duduk di rumah, kata bonda.

Man. Tiba2 aku teringat. Ya. Man anak lelaki tunggal kepada arwah pakcik Hamzah yang kaki perempuan. Ibu man adalah merupakan salah seorang isteri arwah pakcik Hamzah. Man lebih tua dari aku. Mungkin setahun atau 2 tahun. Sebelum Man ikut bermain pedang bersama abang2, dia akan menemankan aku seketika dan membenarkan aku bermain pedang kertasnya. Aku gembira bukan kepalang.

Setiap hari aku menunggu Man untuk bermain bersama. Sampai satu ketika, Man tak muncul2 lagi. Aku pelik. Aku menunggu dan terus menunggu. Namun susuk tubuhnya tidak lagi kelihatan. Man hilang tanpa berita. Aku sedih. Man dan pedang kertasnya tidak lagi menemani aku.

Sehinggalah aku dewasa barulah cerita mengenai ibu man timbul. Dengar khabar, ibunya membawa man pindah setelah diceraikan arwah pakcik Hamzah. Selepas perceraian, arwah pakcik hamzah berkahwin lain.

Aku doakan semoga Man hidup bahagia bersama keluarga tercinta dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya. Terima kasih atas kenangan pedang kertas zaman kanak2. Salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila2.

Terima kasih Man! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan