CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, Jun 04, 2018

19 Ramadhan 1439 Hijrah

Hampir 4 tahun kutinggalkan dunia blog. Bersawang :). Hari ini tergerak untuk kembali menulis. Menulis untuk diri sendiri. Bukan untuk sesiapa. Ya aku suka menulis. Walau sekadar penulis picisan. . Bukan karya agung. Hanya perjalanan hidup seorang Cik Lin. :)

Sepanjang 4 tahun ini, banyak yang berlaku. Kisah suka dan duka. Gembira dan sengsara. Bahagia dan derita, juga tatkala memendam rasa.

Ya aku masih sendiri. Menjangkau ke usia emas. Mungkin akan selamanya sendiri. Mungkin juga tidak. Tidak pernah terfikir akan terus sendiri selama ini. Semua dah ditentukan dan diatur olehNya. Aku redha dengan takdir. Doa ku semoga Allah sentiasa bersamaku, Menjagaku ketika sakitku, sunyiku, rinduku, kesedihanku, kegembiraanku, kepayahanku, kekosongan hidupku menelusuri saki baki hidup di dunia ini.

Allah berikan peluang sekali lagi untukku berbakti kepada kedua ayah dan bondaku, Syukur ya Allah atas peluang yang diberikan. Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. Aku kini cuba untuk mendahulukan kedua ayah bondaku berbanding sebelum ini. Dulu, aku gemar berpeleseran dengan rakan-rakan. Entah apa-apa. Banyak masa terbuang. Allahuakbar.

Doaku. Semoga Allah bantu aku untuk memaknakan hidup di dunia ini demi untuk mati dalam keadaan baik. Ya hidup kita adalah untuk mati. Semoga Allah bantu aku untuk mempersiapkan diri untuk mati. 

Malam ini bermulalah 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga Allah bantu aku untuk giat melakukan ibadah demi memohon keampunan dariNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan