CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, Januari 16, 2011

Masa yang kian suntuk

Berbual2 bersama bonda sambil menunggu waktu Maghrib sesuatu yang amat jarang dilakukan akhir2 ini. Di kamarnya, aku mengusik bonda yang terbaring keletihan. Katanya, jarang berjalan, lenguh seluruh anggota :). Laju tangan mengurut tanda mengurangkan keletihan.

Hari ini puas menghabiskan masa bersama bonda menziarahi abang kandungku dan juga kakak bonda ( Cik Gayah ) di Kelang. Tidak hanya berdua, ayahanda turut menemani. Senyuman terukir di wajah bonda tatkala berziarah. CG yang kini berkerusi roda sudah sangat uzur. Tawa dan airmata mengiringi setiap tuturkatanya. Hampir setiap hari CG bertanyakan khabar bonda, kata sepupuku. Terungkailah sebab mengapa bonda tiba2 bertanyakan hal CG, Khamis lepas. Dapat dirasakan, betapa rindu bertandang di segenap pelusuk jiwa kedua adik beradik. Sementelah abang sulong bonda ( Cik Amat ) sudah pulang mengadap Ilahi Disember lepas. Sayu melihatkan keduanya meniti hari2 tua.

Aku, seperti baru tersedar akan masa yang kian suntuk. Semoga masih ada ruang untuk meluangkan masa dan membahagiakan ayah bonda sebelum keduanya menutup mata selamanya.

InsyaAllah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan