CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, Februari 05, 2011

Kisah perut

Petang Rabu, perut tidak sihat menyebabkan aktiviti muntah2 yang agak menyiksakan. Akibat makan lewat dari sepatutnya, angin telah mengambil kesempatan mengisi ruang2 bahagian perut yang kosong. Tidak cukup muntah di tandas ofis, aktiviti muntah berterusan di dalam kereta ketika memandu. Pulang, terus menelan panadol dan cuba untuk melelapkan mata. Ternyata gagal. Bantuan ayahanda diperlukan tatkala badan lemah gara2 pening2 dan muntah2.

Di klinik, tuan doktor mula memeriksa suhu badan. Normal. Soalan seterusnya. "when is your last period?". Haha. Hampir tergelak saat diajukan soalan itu. Saya bukan mengandung wahai tuan doktor. Yang nak mengandungkan saya pun belum jumpa, omelku dalam hati. "Last week", kataku pantas. Doktor lantas memeriksa perut. "U tak makan ke. Perut dah masuk angin". Aku membalas "Ya". Doktor tersenyum dan memberikan list ubat2an yang agak panjang. "Lepas ni jangan tak makan lagi". Hello, aku bukan sengaja memilih untuk tidak makan. Cuma, lewat sebab kerja yang bertimbun. "Ok", jawabku ringkas.

Pulang, terus memakan ubat dan terlelap sehingga keesokan harinya. Bagus betul.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan