CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, Ogos 20, 2011

"Mood" untuk cantik

Orang kata cantik itu sangat subjektif. Tapi secara peribadi, kebersihan diri adalah perkara yang paling utama yang sangat2 membantu diri untuk kelihatan cantik dan berkeyakinan.

Hatta selepas ber"facial" di salon milik Adonis ( "cold mask" dan "cold steam" serta layanan khidmat pelanggannya memang sangat WOW! ), tiba2 mood untuk cantik sangat berkobar2 dalam diri. Apatah lagi tatkala si J, pakar kecantikan berkongsi tips2 kecantikan dan kesihatan.

Untuk kulit wajah yang sentiasa sihat berseri nan bercahaya, muka perlu dicuci bersih setiap kali sebelum tidur. Gunakan "double cleanser" kalau boleh. Cucian pertama dengan "Pencuci Susu". Disusuli dengan pencuci biasa. Jangan lupakan penyegar dan pelembab ( Ini lah yang sangat selalu diabaikan ).

P/s - Gara2 pujuk rayu dan kata2 manis Cik J, Pencuci Susu ( 180 ml ) dibeli untuk mencapai hasil maksimum. Siap la kau Cik J kalau takde perubahan. Aku saman kau.


Usai sesi di salon muka, kaki melangkah ke Watson. Disebabkan semangat juang untuk cantik yang membara dalam diri , aku terjebak dengan pembelian pukal barang2 penjagaan diri hehe.

1. Untuk rambut yang sihat lebat dan bersinar - syampu dan perapi Ba Wang


2. Untuk muka - whitening mask Garnier

3. Untuk gigi yang bersih lagi putih berseri persis model ubat gigi - Berus dan ubat gigi White Glo


4. Untuk kecantikan kulit - EPO dan vitamin C ( yang ni masih dalam simpanan. Akan mula menelan mulai hari ini ).

Lihatlah hasilnya nanti.Bak kata pepatah, usaha itu tangga kejayaan. Oleh itu, Gambatte! :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan