CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, Ogos 21, 2011

Nasi Minyak

Sudah lama tidak memasak di hujung minggu. Apatah lagi di bulan Ramadhan. Hajat untuk memasak sesuatu yang istimewa dirancang bersama ayahanda tercinta. Ke Mydin petang semalam membeli bahan2 yang diperlukan. Ayahanda sangat teruja apatah lagi bila puteri bongsu yang memasak ( maklum la jarang2 sangat memasak la katakan haha ).

Hasilnya ialah nasik minyak dan ayam masak merah bermadu. ( Cuma sempat snap gambar nasik minyak. Ayam masak merah bermadu siap tatkala hampir waktu berbuka ).

Tadaaaaaa!!



Komen juri profesional - nasik agak berminyak ( nama pun nasik minyak kan? haha ). Mungkin boleh kurangkan minyak sapi atau tukarkan dengan "butter" di lain masa.

Hati berbunga riang tatkala anak2 buah makan bertambah dengan hasil masakan yang tak seberapa.

Saya suka! :D




Tiada ulasan:

Catat Ulasan