CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, September 08, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang

Gembirakah. Sedihkah. Takutkah. Bersediakah.

Semakin bertambahnya usia, semakin dekatnya diri dengan kematian. Ya. Kematian. Yang mana terputusnya segala perkara di dunia. Permulaan hidup di alam baqa. Itu memang pasti.

Bak kata "Pak Bentara Mangkubumi", sujud syukur lebih baik dari meniup api lilin. Benar!

Syukur kerana masih lagi bernafas dan menghirup udara segar.
Syukur kerana masih ada masa untuk beramal sebelum tibanya kematian.
Syukur kerana diberi nikmat yang terlalu banyak selama ini. Bertahun-tahun lamanya sejak azali.

Yang tidak pasti adakah kita masih dapat bernafas di hari lahir yang akan datang?

Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan