Hari Jumaat yang agak "hectic" bermula dengan urusan di Menara AIA, aktiviti shoping di Sogo, menuju ke The Curve di sebelah petang untuk sesi temujanji di Pusat Kurus yang terletak di tingkat 3.
Berat ditimbang dan ketinggian diukur sebelum sesi konsultasi bermula. Selama sejam informasi mengenai tabiat pemakanan, berat ideal dan kesihatan tubuh dibincangkan. Aku memang agak teruja dengan tips pemakanan dan senaman yang diusulkan. Hmm, konsultan kelihatan sangat meyakinkan apatah lagi dengan tubuhnya yang langsing tinggi lampai menunjukkan hasil diet sihat dan senaman yang sesuai.
Selepas perbincangan, konsultan Cik N terus menunjukkan gambar2 perut menggeleber, peha berselulit akibat berat badan melampau para pelanggannya sebelum rawatan dan juga kesan selepas rawatan. Memang agak terpedaya dengan gambar2 tersebut sementelah aku tidak mahu berkedaan begitu. Kononnya mahu bertindak sebelum waktunya. Haha.
Selesai menunjukkan gambar2 tersebut, Cik N terus tersenyum dan memandang ke wajah ku. Sesi seterusnya memerlukan aku memakai Tali-G yang disediakan. Hilang akal? Mana mungkin? Gila? Puas aku dipujuk rayu sang Konsultan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pengurus Cawangan. Tidak!
Entri ini ditujukan kepada semua yang ingin ke Pusat pelangsingan. Pastikan anda bersedia untuk "tidak-memakai-apa2-kecuali-tali-G" semasa sesi rawatan. Jika belum bersedia, sila jangan bazirkan wang dan masa anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan