CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, Mac 29, 2012

Hari yang "awesome"

Hujan renyai2 di pagi hari melambatkan aktiviti keluar rumah. Makan tengahari bersama Puan I sememangnya dinantikan. Lama sudah tidak berbual dan bergossip bersama :).

Tepat jam 12 aku sudah tiba di MV. Mujur parking tidak menyusahkan. Tatkala ke bank terserempak dgn Puan R yang semakin slim dan anggun. Berbual seketika sambil bertanya khabar.

Sambil gigih berjalan menuju ke tempat makan, singgah sebentar di kaunter Clarins. Tergoda free gift yang menggamit jiwa. Comel dan "awesome". :)


Clarins Gift Set yang "awesome"


"Clarins Whitening Velvet Emulsion"

"Clarins Intensive Whitenng Smoothing Serum"

Aktiviti diteruskan di Thai Odyssey untuk foot massage yang "awesome" setelah ditinggalkan Puan I dan Puan D tatkala memilih kasut. Tiada kasut yang berkenan di hati. Terpaksa mencari lagi kasut flat kegunaan harian di lokasi berlainan ( punya la berlambak kasut kat MV tu darling! ). Cari kasut yang sesuai sememangnya susah. Susahnya seperti mencari suami hoho.

Dalam perjalanan pulang singgah pula di kaunter Maybelline untuk promosi maskara + BB Cream + photoshoot. Photoshoot ditangguhkan ke hari lain memandangkan terpaksa bergegas ke Wangsa Maju. Sempat membeli barangan Maybelline disamping free gift yang benar2 "awesome" :)

Maybelline Gift Set yang "awesome"

"Maybelline BB Cream + Compact Powder"

"Maybelline Volume Express Mascara"

"Maybelline Eye and Lip Make Up Remover" - FREE

"Maybelline IPhone 4S Casing - FREE" - petanda akan mendapat free Iphone tidak lama lagi muahaha

Oh rasa sangat "awesome" hari ini dengan pembelian dan free gift yang berbaloi2 :)


2 ulasan:

  1. ohsemmmm day xbwk adikkkkkk

    BalasPadam
  2. alalala next time eh. Akak ada keja darling. Keja sambil jalan2. Mmg osem dik hehe

    BalasPadam