CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, September 01, 2008

Belaian jiwa?

Sabtu - 30 Ogos 2008

Kelas UT ditunda ke minggu hadapan namun aku harus berjumpa K Emy ( upliner-ku ) untuk menyelesaikan beberapa perkara dan menyerahkan borang UT. Selesai berdiskusi terus menuju ke CM, mengambil sahabatku Kenshin untuk ke Pavillion bersama. Pada mulanya ingin saja menaiki monorel ke Bukit Bintang namun hujan lebat membantutkan hasrat hati. Perut yang kelaparan minta diisi. Kenshin mencadangkan Restoren Ichiban Boshi. Kami berbual-bual sambil menikmati makanan di situ. Ah enak sekali. Lebih-lebih lagi makan ditaja. Hehe

Kenyang menjamu selera terus ke tingkat 5 - kakiku meronta-ronta minta diurut di Kenko Fiah Spa. Haha. Kegelian terasa kali pertama meletakkan kaki di kolam sambil digigit manja ikan-ikan comel. Pengunjung yang tidak tahan dengan kegelian pasti menjerit-jerit bila digigit. Hehe. Aku sendiri terjerit kecil tatkala kakiku digigit dan dibelai dengan rakusnya. Pengalaman yang menyeronokkan!

Sebelum pulang singgah sebentar di J Co dan Starbucks. Sambil mata meliar melihat orang lalu-lalang. Berbagai ragam. Jalan sesak menuju ke rumah. OMG. Malam menjelang Merdeka. Aku hampir saja terlupa. Teruk betul. Walau agak sibuk lalu-lintas masih terkawal. Terima Kasih kepada abang polis yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Kasi up sikit. Hehe.

Tiba di rumah jam 10.30. Terlena tatkala sedang ber-SMS dengan sahabat. Kepenatan.


Ahad - 31 Ogos 2008 ( Hari Merdeka )

Jam sebelas pagi terpacak di rumah sahabat di Kota Dmansara. Lokasi seterusnya : Shah Alam. Tujuan : Bekam lintah. Proses melekatkan 7 ekor lintah di badan dan muka mengambil masa yang agak lama kira kira 1 jam bermula dari jam 1.30 petang. Alasan : Lintah tidak gemarkan bau perfume. Keluh. Sekiranya diberitahu lebih awal mungkin kami datang tanpa perlu mandi! Rawatan diteruskan sehingga pukul 5 petang. Darah masih mengalir deras. Hasrat untuk membeli belah terbantut. Muka dipenuhi dengan plaster!

Tiba di rumah. Kepenatan. Sementelah darah masih lagi mengalir tak henti-henti ketika plaster diganti baru. Abah mencadangkan mencuci tempat luka dengan sabun. Lap dan sapukan minyak gamat. Wah berkesan! Cuma agak sukar untuk mencuci bahagian belakang badan. Aku biarkan dengan plaster asal. Takut darah membuak-buak apabila plaster dibuka. Keluh.
Tarawikh di rumah sajalah nampak gayanya. Rugi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan