CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, Disember 20, 2008

Honey, I love U! Ptuihhh!!!

Aku paling benci bila orang kata sayang dan cinta setelah bersua muka hanya untuk pertama kali. Sungguh. Aku tidak rasa kenyataan itu benar-benar ikhlas.

Namun ada lagi perkara yang paling tidak lojik sama sekali bila mana perkataan itu dilafaz tanpa bersua muka. Kisah sahabat yang hanya dalam masa 2 minggu perkenalan, demi rasa sayang yang tidak berbelah bagi kononnya, si dia yang berada nun jauh di luar negara sanggup menghantar barangan berharga yang bernilai ribuan ringgit demi menunjukkan rasa cinta.

Email dihantar bersama attachment "master copy" menunjukkan barangan akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.

Ketika email ditunjukkan kepada aku, terus terang aku katakan aku tidak percaya dengan semua ini. Penipuan semata-mata. Salinan courier yang menunjukkan baki bayaran dalam RM yang perlu diperjelaskn, namun bayaran yang telah dibayar dalam USD terang-terang menunjukkan penipuan. Mana mungkin currency berbeza untuk setiap urusniaga.

Aku cuba memperjelaskan kepada sahabat yang gila bayang bahawa kekasih hatinya itu penipu besar. Demi untuk mencari bahan bukti untuk menjejaki kekasih hatinya yang kononnya peguam di luar negara, kami taip dan klik di google. Tiada nama tertera. Syarikat Courier yang tertera di email juga tiada dalam senarai. Mana mungkin syarikat courier yang berpengkalan di luar negara tidak mempunyai web site. Tiada logika! Sahabat kini sedikit bingung namun masih lagi mempercayai kekasih hatinya tidak mungkin menipunya. OMG. Aku membiarkan sahabat bersama khayalannya.

Hari yang ditunggu telah tiba. Seorang wanita yang mengaku kononnya dari kastam menghubungi sahabat dan meminta bayaran sebanyak RM3500 untuk mendapatkan barangan tersebut. Jumlah baki bayaran yang sama yang tertera di "master copy"! Adakah ini kebetulan?

Nota : Wanita tersebut menghubungi dari nombor 014xxxxxxxx. Nombor handphone? Sekiranya pekerja kastam, gunakanlah nombor telefon kastam. Apa istimewanya kes sahabat sehinggakan wanita tersebut sanggup menggunakan telefonnya sendiri untuk mengubungi sahabat?

Bila sahabat mendengar tentang harga yang perlu dibayar, terus menghubungi kekasih hati. Namun, kekasih hati menyuruhnya membayar demi untuk mengambil barangan tersebut. Hilang akal! A big liar.

Sahabat yang sudah hilang punca telah menghubungi puhak kastam dan namun barangan tersebut tidak dapat dikenalpasti dan dijejaki. Walau bagaimanapun, kastam mengesahkan sememangnya setiap barangan dari luar negara dikenakan tax 30%. Sahabat cuba mengesahkan nama wanita yang menghubunginya kelmarin namun tiada dalam senarai staf kastam. Sah! Sahabat tertipu. Ucapan "Honey, I love U" setiap malam kini bagaikan kilat dan petir yang menyambar jantung sahabat.

Honey, I love U! Ptuihhh!!!

3 ulasan:

  1. alahai...hak tuihhhhh

    kak rindu lew

    BalasPadam
  2. Rindu jugaks. Bila nak jumpa?

    BalasPadam
  3. bile akak free...sian akak asik bz jerk...rindu banget nieh

    BalasPadam