CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, Ogos 05, 2009

Panggilan Pulau

5 hari di Perhentian. Memang menyeronokkan. Sungguh! Aku mengutip pengalaman baru bersama sahabat.


30 July 2009

Perjalanan kami berlima bermula dari Hentian Putra ke Besut lewat jam 9.30 malam. Bas meluncur laju. Aku teruja dengan trip kali ini. 5 hari di pulau! Terbayang2 akan keseronokan menghabiskan masa di sana. Perhentian! I'm coming! Wait for me!


Dalam bas, aku duduk bersebelahan F. N pula duduk sendirian bersama barang2nya. Manakala S dan D di tempat duduk belakang N. N sempat bersembang dan berkenalan dgn BB dalam perjalanan. Haha. He's quite charming. Tall, dark, broad shoulder and handsome. :-) Lagak hero siri novel Mills and Boon! Wow!


31 July 2009

Tiba di Besut seawal 5.30 pagi. Kami berlima mencari tempat untuk membersihkan diri dan solat. Usai solat kami menuju ke restoran untuk sarapan. Sambil menunggu bot jam 7.30 pagi di jeti, BB datang menyapa N sekali lagi. Kami ajak makan bersama namun dia menolak. Mungkin segan dengan kami walaupun tidak dengan N. Apa2 aje la.

Selesai bersarap, kami berbaris panjang untuk menaiki bot laju menuju ke pulau. Tiba2 muncul sekali lagi BB datang memberitahu N supaya kami berebut agar tidak tertinggal bot. Dengan pantas aku dan rakan2 menyusup laju lagak lipas kudung ke bahagian depan pintu gate. Haha. Nasib baik ada informer. Dengar khabar BB dan kami tidak menuju ke tempat yang sama. Dia ke Perhentian Kecil manakala kami ke Perhentian Besar. Nampaknya N terpaksa berpisah lagi dengan BB. Cukup sampai di sini. So long.. farewell.. BB!

Tiba di chalet lebih kurang pukul 8.30 pagi. Rakan berempat bersiap2 untuk ke diving course. Aku? Hanya berjalan2 di sekitar pantai sambil menghirup udara pantai. Damai terasa. Hmm. Bestnya.

Semasa menyelusuri pantai sempat berbual dengan Siva ( lelaki berbangsa Jerman namun berfahaman Hindu yang sudah tinggal di pulau hampir 2 minggu ). Kami bertukar2 pendapat tentang agama, budaya dan masyarakat. Macam bosan aje bunyinya kan. Tapi itulah realiti. Haha. Sementelah dia melihat aku bertudung. Macam2 soalan diajukan. Jawab aje la.

Sedang aku asyik berbual2 dengan Siva, kelihatan sayup2 N melambai2 tangan mengajak aku pulang ke bilik. Kami bersiap2 untuk makan tengahari bersama F, S dan I. Tiba di cafe, makanan terhidang dengan banyaknya. Wah. Mewah sangat! Selepas makan aku ke bilik semula untuk mandi dan tidur.

Sedang aku ketiduran, 2 orang sahabat pulang dan mengejut aku yang tak sedar terlena sambil pintu bilik ternganga luas. Sahabat yang seorang tidak jadi untuk ke diving course disebabkan rasa gemuruh dan cuaknya dengan air. Lantas mengajak aku berjalan2 ke pantai semula. Terserempak dengan Pok Ite ( Pak Itam ) dan beliau meng'offer' untuk membawa kami ber"snorkeling" keesokan harinya. Sahabat beria2 untuk ber"snorkeling" apatah lagi dia telah mengundur diri dari kursus selam yang sepatutnya diikuti bersama sahabat yang lain. Aku setuju untuk menemankan sahabat. Namun di benak terlalu risau akan diri yang tidak tahu berenang. Paling tidak aku duduk sahaja dia atas bot. Biarkan sahaja sahabat ber"snorkel" dengan boat man. Dapat juga aku melihat2 pemandangan laut. Idea bernas!

Pok Ite memberi alat snorkel ( goggle dan mask ) kepada kami dan terus kami ke pantai mencuba alat snorkel. Kami cuma bermain2 di gigi air. Tidak berani untuk ke tengah. Takut lemas. Sedang aku berenang2 dan menyelam ( haha real je! ) secara tiba2 aku ternampak sesuatu yang berwarna emas kekuningan. Cincin emas! Wah. Aku jumpa harta karun! Gembira bukan kepalang!


1 Aug 2009

Seawal 10 pagi sudah terpacak bersama sahabat di tempat Pok Ite. Rupanya Pok Ite tak ikut sama. Cuma adiknya yang akan turut serta. Khabarnya adiknya itu sedang ke tempat lain mengangkut barang. Kami menunggu sehingga jam 10.40 pagi bersama pasangan dari China - Shanghai. Sedang berbual2 tiba2 muncul Joe - adik Pok Ite.

Joe terus menukar baju mandi dan kami bersedia ke 4 tempat. Tiba di tempat pertama, aku sekadar memegang bot dan menenggelamkan muka ke permukaan air. Cuak. Aku membiarkan sahabat bersama Joe bergerak bebas ke tengah. Sementara aku tak sampai 5 minit terus naik ke atas bot. Pasangan China sudah lama terapung2 di permukaan air. Aku hanya menikmati pemandangan dari atas bot. Tak lama kemudian kepala sudah terasa pening2. OMG! I'm sea sick! Tak lama, sahabat dan Joe naik ke atas bot diikuti dengan pasangan kekasih tadi.

Kemudian, kami ke tempat ke-dua pula. Aku betul2 tidak berdaya untuk turun dan berenang. Aku menyuruh sahabat turun dulu. Manakala aku hanya terbaring lesu di atas bot. Rasa seperti hendak muntah namun aku masih terus bertahan.

Tiba ke tempat yang ke-tiga, aku memaksa diri untuk turun melihat penyu. Dan aku berjaya. Hampir2 aku dapat memegang penyu tatkala ia berenang ke arah sampan kami. Sahabat dan Joe tidak turun. Kata Joe, arus deras takut sampan hanyut di bawa air. Aku naik semula selepas itu namun rasa mual yang amat sangat membuatkan aku serba tak kena.

Sampai ke tempat yang ke-empat - Shark Point, aku sudah tidak tertahan lagi. Lantas mengangakan mulut dan memuntahkan segala yang ku isi pagi tadi. Sudah kurang rasa pening. Joe memaksa aku dan sahabat turun. Katanya kalau tinggal di atas bot lebih teruk jadinya. Aku turun dengan rasa terpaksa. Pada mulanya aku takut namun kugagahkan juga. Aku genggam erat lengan Joe kerana takut tenggelam di dasar laut. Rasa malu buang ke tepi. Dan aku berjaya terapung dan berenang2 ke tengah. SubhanAllah. Cantik sungguh suasana dasar laut. Menyesal aku tidak ikut serta ber"snorkel" di tempat2 yang sebelumnya. Tiada jerung yang ditemui namun kami dapat melihat berjenis2 ikan yang cantik dan berwarna warni di samping batu karang yang menggamit rasa kagum. MasyaAllah.

Setelah puas melihat2, kami naik ke atas. Tanpa disangka2 aku muntah lagi. Kali ini lebih hebat. 3 kali! Haha. Aku sempat diperli Joe yang melihatkan aku termengah2 selepas memuntahkan segala isi perut. Ada aku kisah?

Kami kemudiannya pulang dengan rasa puas. Sambil menunggu sahabat yang lain pulang kami membersihkan diri dan berehat2. Petang itu aku kami hanya berehat santai. Sahabat yang seorang tidak dapat meneruskan aktiviti divingnya akibat sakit perempuan. Kami bertiga akhirnya hanya menghabiskan waktu petang di bawah pokok. Nyaman sungguh angin petang. Sepoi2 bahasa. Aman. Damai.


2 Aug 2009

Tiada aktiviti selain dari bermain air dan berenang dan "snorkel"ing di gigi pantai. Hehe. Setelah penat kami bersantai di bawah pokok menghabiskan waktu senggang. Sempat bergambar dengan Iqram Dinzly selepas lunch. :)


3 Aug

Kami ber"snorkel"ing bersama Joe dan pasangan Melayu dari Singapura. Kali ini kami ke Rawa Island. Cantik! Jauh lebih cantik dari tempat snorkeling kelmarin.

Aku dan F bertindak bijak untuk kali ini. Kami membawa asam masin dan minyak CK ( Cap kapak ) sebagai bekal. Hehe. Konfem kami tak akan pening dan muntah. :). Kali ini aku menuruti sahabat dan Joe ke semua lokasi "snorkel". Tiada lagi episod terperap di atas bot. Ada kemajuan! Hehe.

Yang lebih teruja dan menarik tatkala melihat secara 'live" baby shark berenang di hadapan aku berkali2. Terasa menyirap darah-ku. Saspen. Jantung berdegup kencang seperti saat mula jatuh cinta. Betul! Cantik!

Joe pula sempat mengutip kulit siput. Hodoh pada pandangan mataku. Namun penuh berseni. Ciptaan tuhan. SubhanAllah!

Sebelum pulang, kami singgah di lokasi Air Berani! Kata Joe, aku dan sahabat kena minum air bukit itu. Semoga cepat dapat jodoh. Haha. Prihatin sungguh Encik Bot. Aku dan sahabat bersama pasangan dari Singapura meneruskan aktiviti mandi manda. Kami menggeletar dan menggigil kesejukan. Air bukit sejuk seakan ais batu!

Sampai di pulau, tatkala berjalan menuju ke chalet, kedengaran sayup2 bunyi piano dimainkan. Kami tertanya2 siapakah gerangan pemain piano di tengah2 pulau ini. Rupa2nya salah seorang diver, berbakat besar bermain piano. Sempat beramah mesra dan menemuramah beliau. Encik Suhaimi namanya. Bekas guitarist kumpulan Medicine.


Malam terakhir kami di sini, kami ke Diver Reef sekali lagi untuk menyanyi bersama2 alunan muzik piano Encik Suhaimi. Lebih 10 lagu kami nyanyikan bersama dengan lirik lintang pukang. Haha. Kellasssss.

Setelah puas, kami ke pantai dan berbual2 untuk kesekian kalinya. S sempat mempamerkan aksi "Combat"nya. Tak lama selepas itu, Joe datang dengan gitar kapuknya lagak pemuzik jalanan. Nyanyian sumbang kami yang ternyata menghiburkan mengiringi petikan gitar Joe -menjadi halwa telinga para pengunjung pantai malam itu. Belasah aje la.


4 Aug

Sempena meraikan kejayaan S dan I yang telah berjaya mendapatkan Diving Licence, kami bercadang untuk trekking ke Govt Beach. Seawal 9 pagi, kami berempat memulakan perjalanan. N pula tegar meyambung aktiviti divingnya bersama Mat Yi ( Sempat aku menjeling ke arah Mat Yi dan N yang sedang berbincang entah-apa-apa. Grrrr. Aku jeles. Mat Yi aku punya!! ).

Peluh jantan menemani aku dan sahabat di sepanjang perjalanan. Sampai ke tempat yang dituju, kelihatan ramai peserta kem entah-apa-entah ber"snorkeling" di tempat berhampiran. Aku dan sahabat memilih tempat yang agak jauh dari kumpulan tersebut dan berenang di sekitar kawasan batu batan yang cantik. Sempat mengutip kulit2 siput yang pelbagai. Cantik sangat!

Ketika hendak pulang setelah puas bernorkeling, terserempak dengan Mia dan kedua ibu bapanya yang hensem dan cantik. Sempat snap sekeping gambar bersama Mia. Comel sangat! Auntie balik dulu ye Mia! hehe.

Kami sampai si chalet lebih kurang pukul 11.30 pagi. Check out pukul 12.00 tengahari. Selepas mandi manda dan bersiap kami sempat berbual dengan Pok Ite buat kali terakhir sambil menunggu bot pukul 4 petang. Joe tidak kelihatan. Mungkin menghantar barang ke Pulau Lang Tengah.

Kira2 pukul 4.30 petang, bot sampai. Tibalah masa untuk pulang ke KL. Sedih terasa.

Selamat Tinggal Perhentian. Sampai Jumpa Lagi! Gonna miss u!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan