Gerimis mengundang sewaktu pulang dari melawat sahabat di Hospital Klang. Hujan semakin lebat di luar. Semakin galak kami menyanyi di dalam kereta tanpa radio lagak artis popular.
Tiba2 mata tertumpu pada dashboard sambil melihat meter. Ya Allah. Kereta comel milikku mengalami demam panas sehingga hampir ke had bahaya. Sepantas kilat kami mematikan enjin. Deru enjin kereta mengaum2 bak singa kelaparan.
Jam menunjukkan pukul 9 lebih. Kami tersadai di tepi jalan-tinggi selepas tol Bukit Raja. Dalam kehujanan, berpayung bersama sahabat CE sambil cuba menghubungi sesiapa saja yang terlintas di kepala untuk bantuan kecemasan. Macam drama. Basah. Mujur teringat akan Abang Tol yang akhirnya berjaya meredakan kepanasan si comel ( Tuang air aje pun haha ). Syukur alhamdulillah.
Selamat kita ye CE. Berkat zikir tak henti2.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan