“Jangan takut menjadi tua, kerana pasti menua. Tapi takutlah tak menjadi dewasa, kerana kedewasaan sikaplah yang menjadi jalan kebahagiaan dan kemuliaan.” (Aa Gym)
Khamis, September 25, 2008
Episod Baju Raya
Semalam. Sahabat mengajak aku ke kompleks PKNS Shah Alam melihat2 baju raya. Mana tau ada yang berkenan di hati. Aku sudah ada sepasang di rumah. Cukup la untuk Hari Raya nanti. Saja untuk mencuci mata. Pusing2 sehingga pukul 11.30 malam. Tidak perasankan masa berlalu. Perempuan. Memang pantang bila ber'shopping'. Haha. Sahabat membeli 3 helai tudung dan sepasang baju. Aku? Cukuplah sehelai tudung. Jumaat ini InsyaAllah ke sana lagi. Lebih baik ke sana dari ke Jalan TAR. Kan?
Seorang yang tidak terlalu bijak, tidak terlalu cantik, tidak terlalu gemar bercakap, tidak terlalu peduli apa orang lain kata, tidak terlalu materialistik, tidak terlalu sensitif, tidak terlalu suka jaga tepi kain orang lain tetapi terlalu sayangkan diri, keluarga, sahabat handai dan taulan yang melingkari dirinya. AKU sayang banget sama KAMU! :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan