“Jangan takut menjadi tua, kerana pasti menua. Tapi takutlah tak menjadi dewasa, kerana kedewasaan sikaplah yang menjadi jalan kebahagiaan dan kemuliaan.” (Aa Gym)
Khamis, Oktober 16, 2008
LDP jem lagi!
Semalam pulang dari ofis sekitar jam 8 malam selepas makan-makan di kawasan tasik depan ofis. Dari Kelana Jaya, sepanjang perjalanan jalan jem sehingga lepas tol LDP. Deretan kereta di bahu jalan menjelaskan segalanya. Kemalangan. Sejak minggu lepas. Harap-harap tidak berlarutan ke minggu depan. Malam tadi sahaja aku tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Untuk perjalanan yang selalunya mengambil masa setengah jam, sememangnya ia amat2 menduga kesabaran.
Seorang yang tidak terlalu bijak, tidak terlalu cantik, tidak terlalu gemar bercakap, tidak terlalu peduli apa orang lain kata, tidak terlalu materialistik, tidak terlalu sensitif, tidak terlalu suka jaga tepi kain orang lain tetapi terlalu sayangkan diri, keluarga, sahabat handai dan taulan yang melingkari dirinya. AKU sayang banget sama KAMU! :P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan