CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, Oktober 14, 2008

Wanita, Isteri dan Lelaki Keparat

Semalam. Terbongkar kisah seorang sahabat. Agak sadis. Simpati.

Wanita

Seorang yang berjaya dalam hidup. Ada segalanya, Cuma satu. Sunyi tanpa teman di sisi.


Isteri

Tidak mengetahui aktiviti suami a.k.a teman lelaki yang dahulunya menagih cinta tak henti-henti. Sehingga akhirnya 'cinta' yang kononnya tak boleh dijual beli terpatri dengan sebuah ikatan perkahwinan. Dua bulan setelah bernikah, baru diketahui, suami yang kononnya pijak semut tak mati, menjalinkan hubungan dengan wanita lain pada ketika yang sama memadu kasih dengannya. Malam raya yang tragis bila mana, sms suami dan 'kekasih gelapnya' diselongkar. Semuanya terbongkar.


Lelaki Keparat

Semuanya bermula bila mana pujaan hati berjauh hati. Sementelah bertugas di negeri di bawah bayu. Sunyi. Ruang chatting menjadi teman. Terjumpa dengan seorang wanita yang juga kesunyian. Kisah bermula. Berkawan rapat sehingga terbit bibit2 cinta. Dalam pada itu, lelaki keparat berbaik semula dengan pujaan hati nun jauh di utara semenanjung. Kononnya tak sanggup berpisah. Kini lelaki keparat sudah berjaya memiliki dua hati di dua tempat yang berlainan. Lelaki keparat itu kini sudah beristeri. Dua bulan lepas. Sebulan sebelum puasa. Tidak mengapa isteri di rumah bukan tau tentang kekasih sorang lagi. Sayang pulak rasanya nak tinggalkan teman wanita yang satu ini. Nanti la bila tiba masa yang sesuai. Tinggalkan saja dia. Lagi pun isteri dah ada bukan. Susah sangat kalau dah sayang, kahwin saja lagi satu.


Keparat bukan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan