CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, Disember 26, 2008

Sesi-urutan-tradisi-dan-menyesal-tak-sudah-dengan-RM10

Semalam menghabiskan wang dan masa di pusat Urut Tradisi Thai ( Odyssey Traditional Thai Massage ). Selepas urutan ( yang boleh dikategorikan aktiviti silat sambil berbaring dengan tukang urut ) yang berlangsung selama 1 jam 30 minit, badan terasa ringan dan segar. Terus ke Carl Jr bersama sahabat untuk menambah kalori dalam badan. Haiz. Bila la nak kurus ni!

Kami kemudian terus ke panggung wayang - hajat menonton filem Taiwan berjudul "Cape Town 7" dengan harapan cerita yang dijangka bakal membuai perasaan dengan esak tangis yang berpanjangan melihatkan banner yang di pasang di luar panggung. Tisu disediakan berhelai2 untuk persiapan sebelum masuk panggung.

Dalam panggung, permulaan cerita yang agak hambar dengan derai tawa ( bukan tangisan ye ) berpanjangan dari segenap warga panggung yang kesemuanya berbangsa Cina. Bersama sahabat, kami cuba untuk memaknakan harga tiket dengan filem yang bakal kami tonton untuk selama 1 jam setengah. Belum pun sampai 15 minit aku terlena sehinggalah 30 minit terakhir. Ketika menoleh ke sebelah, ku lihat sahabat juga terlena dengan asyiknya.

Akhirnya kami berdua menikmati 30 minit terakhir dengan klimaks cerita yang agak menyedihkan namun tidak menyamai cerita Korea yang kami tonton 2 tahun sudah - tangisan dari awal hingga ke akhir cerita.

Kesimpulannya, inilah satu-satunya wayang yang ku tonton untuk tidur lena. Dan aku terpaksa membayar harga RM10.00 untuk itu. Membazir sudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan