Manusia diberikan akal untuk berfikir. Namun ada manusia yang malas / tidak menggunakan akal / mungkin akalnya kurang / sengaja bertindak kurang bijak dan waras tanpa berfikir.
Pagi tadi, untuk kesekian kalinya setelah berbulan-bulan tidak menggunakan tren komuter ke tempat kerja, aku telah terjebak dengan sikap pengguna tren yang tersebut di atas. Bersesak2 di dalam tren merupakan perkara biasa ketika waktu puncak. Cuma bila tren sesak tak perlulah bertolak-tolakan antara satu sama lain. Bukan untuk menuding jari namun majoriti yang berbuat demikian ialah PTA yang ingin ke tempat kerja. Gelak ketawa berpanjangan sesama mereka sungguh menjelakkan! Dan yang pastinya kaum wanita yang tersepit dan terhimpit di bahagian dalam tren merana. Apa lagi? Sudah tentunya merana kerana sikap lelaki2 yang kurang waras yang mengambil kesempatan. Geram!
Ini lah kali terakhir untuk aku menaiki tren pada waktu puncak. Sekiranya lambat, lebih bagus menaiki kereta terus ke tempat kerja. Keselamatan terjamin! Biar lambat asal selamat.
Pesanan ini ditujukan kepada diriku dan semua warga kota yang menaiki tren / komuter ke tempat kerja.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan