Demi untuk meredakan tahap stresku yang meluap-luap, aku bertindak bijak dengan bercuti 3 hari tanpa arah tujuan. Haha. Untuk memaknakan hari pertama cuti, ia telah diisi dengan aktiviti2 berfaedah :
1. Servis kereta di Wokshop Ah Heng.
2. Makan nasik-lemak-rendang-daging di gerai pakcik Nordin sambil menunggu kereta comel digodek. ( Kalau bonda tau pasti aku dimarahi, sarapan di rumah tak berusik. Ampun bonda ).
3. Beramah mesra dengan staf Ah Heng. ( Setiap kali berjumpa, sering ku di aju soalan yang sama - bila kita nak tengok wayang? ).
4. Berurusan dengan bank yang paling lama wujud di negara tercinta Malaysia - BSN. ( Sejak bila baju unifom sudah bertukar warna ? ).
5. Beli tiket bas pergi-balik ke Paka, Terengganu di Hentian Putra. ( Untuk mengunjungi kekanda di sana esok sehingga hari Sabtu ).
6. Berjalan2 di sekitar The Curve-Ikea-Ikano-Tesco. ( menghabiskan masa terluang sambil meninjau2 apa yang patut ).
7. Berurusan di CIMBWA - Damansara Utama ( beli cenderamata untuk para pelabur yang dihargai ).
8. Hajat singgah di TTDI untuk membeli rojak dan cendol terbantut bila mana tiada tempat parkir. Pencarian makanan berakhir di gerai Pakcik Dom - kuih sagu dan mee bandung untuk minum petang.
9. Pulang ke rumah dengan hati yang puas kerana telah berjaya menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah. Saya suka!
Namun, langit tidak selalu cerah. Hari yang terang kini sudah gelap.
Aku mendapat panggilan dari abang. Katanya kereta rosak jadi hasrat untuk aku meminjam keretanya sempena lawatan sambil makan2 mungkin tidak menjadi kenyataan. Rosak teruk katanya. Jadi sekiranya aku terus dengan rancangan untuk ke sana mungkin berakhir dengan acara lepak-baring-dan-tidur di bilik seharian. Dapat ku bayangkan!
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan