CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, April 26, 2009

Dari Miri ke Kajang

Rancangan ke Miri hari Sabtu pagi semalam terpaksa di batalkan atas sebab sahabat di syaki mengidap denggi / viral fever. Rasa kasihan pada sahabat yang beria2. Bagi aku, keseronokan kurang dirasakan memandangkan saban tahun aku ke sana. Tiada tempat lagi untuk dikunjungi. Aku doakan sahabat cepat sembuh. Kita ke sana di lain masa ye.

Orang kata setiap yang berlaku ada hikmahnya. Memang benar.

Setelah rancangan ke Miri dibatalkan, aku ke Kajang menemani ayah bonda ke sana untuk majlis perkawinan sepupu angkat-ku yang jarang2 dikunjungi. ( Arwah nenda memelihara makcik angkat-ku ini sejak berumur 1 tahun. Aku jarang berkunjung ke rumahnya, cuma ayah bonda yg kerap ke sana saban tahun ). Aku sendiri tidak pernah berjumpa dengan sepupu ku itu. Malu. Saudara sepupu namun tidak mengenali satu sama lain. Semalam, sekurang2nya aku dapat mengenali susur galur keturunan sebelah bonda. Walau tidak semua.

Istimewanya Kajang adalah sate-nya. Namun tidak terlintas di kepala, sate kajang menjadi juadah sampingan untuk majlis perkahwinan di samping nasik minyak dan beriyani. Sungguh. Aku tidak tipu. Ini adalah pertama kali aku mengunjungi majlis perkahwinan yang menyajikan sate sebagai 'side dishes' di samping kuih muih dan bubur yang pelbagai.

Kami pulang bukan sahaja dengan 'door gift', namun, kakak angkat bonda sempat membekalkan nenas muda untuk di bawa pulang. Macam2. Ada tetamu yang terpinga2 melihatkan aku menjinjit beg plastik 'Maidin' berisi nenas muda di majlis perkahwinan untuk dibawa pulang. Haha. Belasah je la.

2 ulasan:

  1. wargh wargh wargh..nenes muda?

    BalasPadam
  2. huhu...mleleh air liur...nenassss...

    kak...tgk la page adik...ekeke;p

    BalasPadam