Tadi ketika majlis walimah sepupu di Kajang, sempat berbual seketika dengan kakak sepupu yang seorang lagi - Kak Jannah. Kami berbual tentang banyak perkara. Namun cerita tentang kisah cintanya yang tidak kesampaian 30 tahun dulu membuatkan aku terpana di sebalik perasaan sebak dan hiba. Cinta yang pernah membuatkan dirinya tewas dengan ledakan rasa kecewa berpanjangan lantas hampir2 meragut nyawanya. Cinta yang tercipta namun bukan abadi selamanya. Cinta yang pergi tanpa perlu disesali namun kenangan yang terakam segar di minda seakan2 tidak mahu hilang dari mimpi. Terasa2 akan peritnya hati dipermainkan sehinggakan keputusan untuk menyendiri terpatri sehingga kini. Sorot matanya yang suram menceritakan segalanya. Pedih. Ya. Mungkin hatinya sudah tertutup buat kaum Adam. Dirinya kini hanya ingin menghabiskan sisa2 hidupnya sendirian. Pasrah. Dan aku sebenarnya kagum dengan sikap sabar dan redha Kak Jannah dengan takdir dan ketentuanNya.
Aku doakan hanya yang terbaik untuk Kak Jannah. Mungkin aku juga akan mengalami jalan hidup yang sama. Jalan hidup yang bukan satu pilihan namun ketentutan. Siapa tahu? Only God knows!
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan