CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, September 17, 2009

TUA

Orang kata jangan cakap benda yang sama berulang2. Ia umpama doa. Betul atau tidak, mungkin ada benarnya. Kebelakangan ini, acapkali aku memberi kenyataan tentang ketuaan aku. Tak cukup dengan itu, sahabat agak kerap bergurau tentang ketuaanku itu. Aku sedar, memang aku semakin tua walaupun zahirnya aku kelihatan muda remaja haha.

Malam ini, jam menunjukkan pukul 1.52 am. Mata-ku tidak terpejam. Kedua kaki-ku terasa sakit menusuk2 sampai ke tulang. Terpaksa mengurut kaki dengan minyak panas demi meredakan kesakitan. Aku teringat akan perihal sakit tua. Osteoperosis? Mungkin masih terlalu awal untuk itu.

Psstt.. Anlene! Aku perlukan pertolonganmu untuk re-store semula kalsium dalam tulang demi memelihara tahap kesihatan yang semakin menurun. Tolong ye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan