Malam tadi ketika pulang ke rumah aku sudah merasakan sesuatu yang tak kena dengan kereta comel milikku. Tatkala menaiki bukit kecil tak jauh dari rumah, tiba2 bunyi letupan kecil kedengaran. Sangkaku mungkin tayar meletup namun setelah di belek2 ke empat2 tayar tiada cacat dan cela. Hmm. Namun baru aku perasan penanda aras darjah kepanasan kini melepasi had bahaya! Mujur aku sudah sampai rumah. Baru aku teringat yang aku lupa untuk mengisi air kereta berminggu2. Dem. Patut la over-heated. Kesian dia. Kehausan rupanya. Cepat2 aku jirus air demi meredakan kepanasan.
Pagi, ku khabarkan berita semalam dengan abah. Macam biasa, abah akan menyalahkan aku. Sebab cuai. Memang salah aku pun. Jadi dengan redha dan sabarnya aku menelan butir2 teguran abah yang sudah aku jangka.
Seperti biasa, tiap pagi aku akan melalui jalan Kepong Lama untuk ke ofis bagi mengelak jem di lebuhraya Selayang-Jalan Kuching. Sampai di Carrefour, Kepong temperature naik semula. Tiba2 bunyi kereta sudah berubah menjadi ganas tatkala aku lepaskan gear. Cepat2 enjin dimatikan. Aku berhenti betul2 di depan bengkel kereta yang masih belum lagi buka seawal pukul 7.30 pagi.
Tepat jam 8.30 pagi, ketika sibuk pomen membuka kedai, aku meluru terus ke arahnya dan bercerita tentang masalah besarku itu. Terus pomen memeriksa keretaku yang sedang kesakitan.
- Amoi, ayyoo apa pasat jadi ini macam. Tarak letak air ka?
- Ye la bos. Lupa la. Tapi semalam sudah letak itu air, tapi apasal jadi tarak elok jugak?
- Sikalang lu punya radiator sudah losak. Mau ganti sama itu dalam. Itu gasket kasi baru punya. Lu punya hose pun sudah picah la. Kasi ganti semua la.
- Berapa harga mau ganti bos.
- Hmm. Dalam $400 boleh kasi setel semua.
- Huh! Mahalnya. ( Berpeluh ). Kalau taknak ganti boleh ka?
- Ayyo. Bahaya amoi. Nanti kalau tarak ganti lagi rosak lu punya enjin. Nanti lagi kena bayar libu2 woo.
- Huhu. Bos. Tunggu sekejap aa. Saya fikir dulu.
- Ok ok. Lu pikir dulu. Saya mau sembahyang dulu sama saya punya tuhan.
Dalam aku berfikir, aku terus menghubungi abang sulung. Takut untuk menghubungi ayahanda tercinta yang mungkin akan menambah api kemarahannya atas kelalaian aku. Cukup2 la teguran berharga pagi tadi. Atas nasihat abang, aku cuma meminta pomen menukar hose sementara waktu dan rujuk ke pomen yang biasa aku pergi di kawasan rumah. Kata abang, mahal sangat. Mana mungkin caj sevis sebegitu mahal.
Selesai menukar hose dan mengisi air, temperature sudah turun semula. Masalah kini sudah hampir selesai. Aku segera memecut kereta ke bengkel kereta Ah Heng untuk bertanyakan hal gasket. Ah Heng memeriksa seketika. Katanya, tak perlu tukar gasket. Tukar hose sudah cukup. Cuma perlu monitor beberapa hari. Sekiranya temperature naik semula, barulah perlu fikir untuk menukar gasket.
Nyaris2 aku ditipu. Dari bayaran sebanyak RM400.00, aku cuma perlu membayar harga RM28.00 untuk servis dan menukar hose. Lega.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan