Malam Jumaat lalu, sempat meluangkan masa bersama sahabat di lokasi-lepak di Ampang Park. Aku tiba agak lewat berbanding yang lain. Cadangan asal sahabat untuk ke karaoke terpaksa dibatalkan memandangkan pakaian aku yang kurang sesuai i.e berjubah labuh persis Nur Amina ( Nur Kasih ). Hehe
Seronok sungguh bercerita, bersembang dan bergelak ketawa berjam2. Segala macam topik dibincangkan. Hilang rasa stress yang bersarang di kepala. Persahabatan lebih 10 tahun menjelaskan keakraban kami. ;)
Sebelum berpisah, perbualan menjurus ke topik yang lebih serius. Apa lagi kalau bukan tentang kisah masa depan. Masing2 berkongsi pandangan. Sudahnya, kami merumuskan bahawa perkahwinan ( pengakhiran sebuah perhubungan lelaki-wanita ) bukanlah semata2 kerana nafsu - cinta dan kasih sayang. Namun ia lebih kepada komunikasi dua hala, perkongsian perasaan, pemikiran, aktiviti, jiwa dan raga antara dua pasangan yang sudah mengikat janji yang terpatri untuk sehidup semati walau apa jua dugaan yang melanda sekalipun tatkala wajah dimama usia.
Cinta dan kasih sayang tanpa komunikasi, hambar dan membosankan
Cinta dan kasih sayang tanpa perkongsian perasaan, akan terabai salah seorang darinya
Cinta dan kasih sayang tanpa perkongsian pemikiran, akan hilang serinya
Cinta dan kasih sayang tanpa perkongsian aktiviti, akan menjurus kepada cara hidup-aku-kau-berbeza!
Long after physical attraction has taken a backseat, the companionship in marriage would still remain and keep the relationship going and brings out the best in both, helps in personal and spiritual growth and experiences the true Joy of the journey called life. - http://knamate.com/Companionship.aspx
Aku kini terasa seperti doktor cinta! Keke
Langkah seterusnya :
Menjejak target di Masjid. Erk. Aku sangsi dengan cadangan sahabat yang satu ini. Relevankah? Aku betul2 tak pasti. Noktah.
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
ah idea ni bagus!!tak salah mencuba :)
BalasPadamIdea yang mana satu? Menjejak target ek? Haha
BalasPadam