Satu kisah sedih yang merenggut segenap jiwa. Kisah yang berjaya membawa aku ke Istana Budaya buat pertama kali sepanjang hidup aku. Namun agak terkilan kerana kisah yang sepatutnya menggolak jiwa raga ternyata tidak dapat menembusi tembok emosi diri. Kenapa ya?
Terus terang, penghayatan cerita lebih terasa tatkala membaca tulisan Fatini Yaacob yang menjurus kepada fakta sejarah dan realiti. Bukan bait2 puisi. Aura Natrah dirasai sepanjang pembacaan. Aku seakan wujud di zamannya ketika menyelak helaian majalah Dewan Masyarakat satu ketika dahulu. Terbayang2 akan kesedihannya. Kegembiraannya. Kekuatannya. Lengkap.
Bukan niat di hati untuk memperlekeh naskhah pengarah tersohor EF di pentas teater. Namun itulah hakikatnya. Hati lebih dekat dengan tulisan FY. Namun, satu yang amat pasti, jiwa dan raga-ku berdebar2 dan berdegup kencang tatkali melihatkan aksi Mansor Adabi versi Remy Ishak di pentas teater. Kacak dan berkarisma! :)
Kisah Babi Dan Pilihanraya
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan