CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, Februari 09, 2012

U.s.t.a.z D.o.n


Pagi aku kelewatan. Subuh di hujung tanduk. Tak sempat ke "morning briefing", aku berkira2 keluar rumah sekitar jam 9 untuk ke CRO, Jalan Ampang.

Deru enjin motor kedengaran tatkala aku menyerika baju. Abah melaung sekehendak hatinya, "Ustaz Don bagi ceramah arini kat surau jap lagi. Ceramah Dhuha. 10 am - 12 pm"."Jom pegi", ujarnya.

"Ustaz Don bagi ceramah kat surau kita?" Biar betul. Terasa benar ruginya tidak dapat bertemu dengan ustaz kesayangan hamba. Kalau tidak kerana "submission" borang2 yang perlu diselesaikan di CRO dan temu janji dengan Puan FE, dapatlah aku bertentang mata dengannya. Eheh.

Terkilan namun redha. Berita tentang kedatangannya cuma sampai pagi ini. Tak sempat nak "adjust" masa dah.

Takpe la ustaz. Kita jumpa lain kali ye. Gunung kan tak lari di kejar? ( motif? haha )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan