CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, Jun 12, 2010

Hilang Arah

Dua hari memerap di rumah sungguh membosankan. Terlintas di hati ingin berjalan2 mencari baju di Wangsa Maju. Di samping dapat meredakan tahap kebosanan yang semakin menggila, ikutkanlah saja kata hati. Selepas Maghrib, terus panaskan enjin kereta dan beredar menuju destinasi. Dalam perjalanan, sempat mengisi minyak yang hampir zero dan air di petrol pam. Jauh juga perjalanan ke Wangsa Maju. Dalam 20 minit dari teratak kayu milik ayah-bonda.

Tatkala keluar dari petrol pam, aku tersalah jalan menghala ke Kuantan / Genting Highland. OMG. Sampai di Tol Gombak terus bertanya dengan si gadis tol yang comel. "Dik, macamana nak u-turn eh". "Depan ni belah kanan kak. Dekat je". Dengan senyuman gembira dan ikhlas, aku ucap terima kasih tak terhingga.

Sedang aku berkira2 mencari lorong untuk u-turn, kereta dari bahagian kanan memandu laju sambil meng-hon kereta aku dari belakang. Aku menekan minyak perlahan sambil tercari2 lorong tersebut yang akhirnya terlepas dari pandangan. Damn. Kini tiada sudah u-turn yang terdekat di hadapan. Bagaimanakah ini? Aku hilang arah di malam hari. Sesungguhnya hati aku jadi tak keruan.

Pertama -tak pernah ke laluan Kuantan / Genting keseorangan dengan kereta comel-ku.
Kedua - waktu malam yang mendebarkan.
Ketiga - aku tertinggal handphone!

Jantung berdegup kencang. Sepanjang perjalanan aku bertawakal. Tak henti2 berzikir. Lahaulawalaquwwataillabillahilaliyulazim. Di kiri dan kanan jalan gelap gelita. Hutan belantara.
Ngeri.

Sedang memandu laju ( 80 km/jam kira laju la tu ok ), aku ternampak sign board "Gerai Lemang di hadapan". Alhamdulillah. Boleh la aku bertanya, berapa lama jarak untuk u-turn. Si gadis Siam penjaga lemang pantas menjawab sambil tersenyum, 10 minit. Aku berterima kasih. Bukan apa. Sekiranya perjalanan masih jauh, aku berkira untuk menikmati lemang panas yang menggoda. Memang kelihatan amat2 menyelerakan. Aku meneruskan perjalanan. Debaran kini kurang dirasakan. 10 minit tak lama. Hati berlagu riang. Akhirnya, selepas terowong Karak baru ternampak lorong untuk u-turn. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang aku bersyukur tak terhingga. Walau gelap kiri dan kanan jalan, berjaya menepis rasa takut kerana perjalanan yang dapat dianggar jaraknya. Syukur kerana minyak petrol di-isi penuh. Syukur kerana kereta tak meragam di tengah jalan. Syukur kerana aku telah berjaya menghilangkan rasa bosan.

Kisah moral : Jangan berangan ketika memandu. Nanti hilang arah. Jangan pegi Wangsa Maju bila bosan. Sendiri mau ingat!

1 ulasan: