CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, September 14, 2009

Mitos Biskut Raya

Hujung minggu sudah, bersama sahabat kami meneruskan tradisi tahun lepas - membuat biskut raya. 2 jenis sudah cukup. Biskut Dahlia dan Tart Nenas. Hampir2 biskut tidak menjadi seperti yang diharap2kan. Kata Kak D, mood kena sepenuh hati dan keghairahan perlu ada ketika membuat biskut. Kebarangkalian biskut tidak menjadi adalah tinggi sekiranya mood tunggang terbalik.

Aku hampir2 percaya dengan mitos yang satu ini. Mungkin juga ada benarnya. Berbanding tahun lepas, tahun ini kepala aku sarat memikirkan pelbagai masalah yang bersarang hebat di kotak fikiran. Semakin lama, semakin aku rasa tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah. Bagaimanakah ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan