CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jumaat, September 11, 2009

Kepoh

Tadi berbuka puasa di food court MV menemankan sahabat. Selepas berbuka dan bersembang seketika, tiba2 teringat untuk mencari buku "Nadra Tragedy" di MPH. Dalam perjalanan, aku terserempak dgn A. Terkejut namun gembira bukan kepalang dengan pertemuan yang tak disangka2. Sementelah semalam SMS aku tidak berbalas. Bertubi2 soalan aku ajukan. Terkulat2 dia menjawab. Haha. Tapi hati tiba2 tertanya2 bila A cuak tatkala ditanya dengan siapa dia di MV. Ketika berpaling untuk berpisah, dia tergesa2 menuju ke arah seseorang.

Hati mula membuat spekulasi yang bukan2. Aku kenal A bertahun2. Sejak zaman belajar. Namun, tindak tanduknya kali ini agak mencurigakan. Seperti ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

OMG. Jangan sibuk hal orang boleh tak? Kepoh betul!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan